Monday, December 5, 2011

DIDIK IKAN >-|-|-D

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirobbil'alamin.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh di ucapkan kepada semua saudara-saudara ku. ^_^
Terasa rindu sangat untuk menarikan tangan di atas keyboard komputer ku ini, memahatkan sedikit kata-kata mahupun cerita reka buat peringatan ku mahupun orang lain. Terasa seperti berada di awang-awangan, mencari idea untuk dikongsikan. Namun, aku tumpas. Tidak dapat menemui mentol-mentol yang tidak terbakar untuk menerangi akal fikiran ku. Lalu, aku hanya membiarkan tangan ku menari-nari tanpa lagu~~~

Hurmmmm, nak khabarkan pasal apa ya pada entri kali ini. Nak kata, "maaf kerana telah sekian lama tidak meng'update' blog" seperti ucapan biasa setiap kali saya memulakan entri. Ianya seperti, saya tidak mengambil pengajaran! (Why do you keep saying sorry when you keep making the same mistake??? not you actually, but me...T_T) It is not good actually. Because, we are not taking the lesson! Ya Allah, bilakah aku akan mengambil pengajaran? huhuhuhu..... :(

InsyaAllah, sedikit peringatan yang saya ingin ingatkan kepada diri saya pada kali ini adalah, "tarbiah membawa perubahan". Apakah itu tarbiah? jeng..jeng...jeng... o_0

mari tekan sini, jabatan didik ikan . tekan taw! sebelum meneruskan pembacaan. :D


tiap kali saya dengar or tonton wayang kulit "jabatan didik ikan" tu, mesti saya rasa nak ketawa. hehehe...

Baiklah, mari kita kembali kepada realiti. Apakah itu tarbiah? Tarbiah ialah pendidikan. Apa bezanya antara didik dan ajar?

jeng..jeng..jeng...!!!

Didik atau tarbiah berbeza dengan mengajar. Didik ni, maksudnya, apabila kita mendidik, kita akan cuba untuk memastikan si adik didik betul-betul faham dan juga betul-betul menyerap dalam hati kefahaman ynag mendalam, sehingga si adik didik ingin cuba mengamalkan. Si pendidik ni, akan cuba sedaya upaya memastikan atau meng'follow up' si adik didik, adakah si adik didik betul-betul memahami.

Manakala, mengajar pula, lebih kepada menyampaikan, tetapi mungkin tidak pasti sama ada si pendengar dapat memahami, menerima, atau blurr akan perkara yang disampaikan. Contoh mudah apabila kita menonton televisyen. Si televisyen tidak pula bertanya kepada penontonnya "hey, kamu faham tak cerita ni? nak aku cuba terangkan dengan lebih lanjut? bahagian mana yang kamu tak faham?". Bushhhh, kalau tiba-tiba televisyen bercakap, lari saya kot. hehehe.

sedikit sebanyak, lebih kurang macam itu la beza nya. Didikan atau tarbiah akan membawa kepada perubahan pembaikan or improvements. It will always like that. If we think that we've been tarbiah, then, recheck ourselves, "are we improving?". If not, then, there will be something wrong with us.

Maknanya, kita tak mengambil pengajaran. huhuhu... t_t dalam erti kata lain, tarbiah masih belum menyerap dalam hati kita.

ya Allah, please, ampuni kami, limpahkan kami dengan rahmatMu, limpahkan kami dengan keberkatan Mu. ya Allah, kurniakanlah hidayah dan taufiq kepada kami. berikanlah kami petunjuk. ya Allah, Kau didiklah kami, Kau 'guide' lah kami ke jalan yang benar. You are the one who create us, You are the one who manage us, please, guide us to the right way. You know the best about us, You know what is the best for us. Please oo Allah, please take good care of us. amin~


Sedikit kata-kata hikmah dari Raja Syamri,
"Jadilah insan biasa yang berusaha secara LUAR biasa."


InsyaAllah, marilah kita sama-sama berusaha secara luar biasa untuk melaksanakan satu anjakan paradigma dalam hidup kita, untuk berubah kepada yang lebih. untuk sentiasa "istimrar" iaitu berterusan dalam perubahan kebaikan. Sentiasa menjadi lebih baik.

Kata-kata yang selalu terngiang-ngiang dalam kotak fikiran saya tatkala ini, "semoga hari ini lebih baik dari semalam."  insyaAllah.


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.


Moga sedidik coretan hati ini akan selalu menjadi tatapan saya mahupun kalian sebagai peringatan berterusan untuk mencuit hati supaya terdetik setiap saat untuk mengingat Allah subhanahuwata'ala. 


Last but not least, saya akan memulakan exam final term (Fall 2011), this Friday, 9 December 2011. Not only me, I'm quite sure that, most people is waiting patiently to meet the dunyaa exam that will be coming soon. Wishing all the best for all. Let us make du'a that everybody will have a good health, a bright brain, clear eyes, and wonderfull performance for now and later on. insyaAllah.

Bittaufiq wannajah, wassalamualaikum.