Saturday, April 30, 2011

kerap kali

bismillahirrahmanirrahim...

rasa macam sudah lama tidak update blog. rasa macam ****. apa khabar semua? :)

baru-baru ini, bila mengaji al-qur'an, asyik terjumpa ayat ni sahaja. rasa macam tersentuh sangat di hati. rasa macam, * dush! terketuk diri sendiri.*

Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al-jumu'ah, 62 : 1) 
Ini salah satu ayatnya. sebenarnya, ada banyak lagi. tapi, saya quote salah satu sahaja.

segala apa yang ada di langit dan di bumi, senantiasa@selalu@sentiasa@everytime@setiap saat bertasbih memuji Allah. setiap detik yang berlalu, mereka sentiasa berzikir pada Allah. tapi saya? tapi kita? rasa macam, jauh panggang dari api kalau nak compare kan. huhuhu..

mak saya selalu cakap, kita kena ingat Allah selalu. berzikir selalu. ibarat JAM. setiap saat, jarum jam berdetik. tik, tik, tik, tik, ... tik, tik. setiap kali ia bergerak (clockwise), ia sentiasa tik, tik, tik. even, bateri jam itu sudah nyawa-nyawa ikan pun, still, jarum jam tetap berdetik di tempatnya sendiri walaupun ia tidak bergerak. ia still tik, tik, tik, tik, ... tik. macam itulah dengan kita, sepatutnya, selagi nyawa dikandung badan, kita perlu untuk selalu mengingat Allah selalu. even, walaupun kita sedang nazak sekalipun, kita still, perlu mengingat Allah lagi. tapi, saya, anak yang degil lagi tidak mendengar kata, masih still, belum berjaya nak buat begitu. huhuhu. (kena ubah sikap tu!)

lagi satu, masa dulu kan, masa zaman budak-budak sekolah rendah dulu. kami malas nak pergi sekolah, sebab jauh dan kena naik basikal (alasan penat, malas dan sekutu dengannya). lepas tu, mak selalu cakap,

"pergilah sekolah. kalau nak tahu, pokok-pokok di tepi jalan tu, batu-batu tu, semut-semut, binatang-binatang, semua la, selalu doakan kamu sebab mereka sayang sangat orang yang bekerja di jalan Allah ini. pergi sekolah tu Allah suka taw. 'bismillah, ya Allah, Kau bagi lah budak-budak ni pandai, bagilah mereka kesenangan hidup di dunia dan di akhirat, kurniakanlah rahmat Engkau, berkatilah mereka selalu ya Allah. amin.'  haa, tengok, semua pun sayang. semua nak mendoakan. pokok-pokok sayang, batu-batu sayang, semua la sayang. sayang kamu semua. jadi, rajin-rajin lah pergi sekolah ya. :) "
see! semua tu selalu doakan kita. mereka ni, selalu bertasbih memuji Allah, selalu mendoakan, dan segala-segalanya yang baik-baik yang mereka lakukan. tapi saya? tapi kita? selalu doakan orang lain tak? selalu berzikir memuji Allah tak? selalu bersyukur tak? selalu INGAT Allah tak? huhuhu T_T

sebenarnya, tangan yang menaip laju ni, menujukan taipan ini untuk diri sendiri. sebab, diri yang kerdil ini, selalu sangat lupa diri. selalu sangat lupa pada Penciptanya. selalu sangat lupa akan tugasnya. selalu sangat lalai dan leka dengan kehidupan dunia. sehingga kan, dia merasakan seperti, dia semakin jauh. jauh. jauh. dan jauh. feel too far from Allah. 


ya Allah, please, don't let us go astray. amin~

 
 

Monday, April 11, 2011

percaya!

bismillahirrahmanirrahim...

come on, put trust in Allah.
ya Allah, please don't let us getting far from You. please, protect us and always guide us. ya Allah, please help me in always put my fully trust to You. amin~

~kata hati~
ya Allah, please, You know everything in my heart~ 

Thursday, April 7, 2011

reactivate...

bismillahirrahmanirrahim...

reactivated... hari ni, reactivate fb balik...huhu.. atas sebab2 tertentu, saya perlu reactivate balik.

bila fikir, memang macam perlu sahaja reactivate, atas banyak sebab. tapi, hati ini rasa macam sebersalah lagi nak reactivate ke tak. bukannya apa, takut. takut tak dapat jaga diri. huhu... T_T

tapi, saya da reactivate da pun. baru sahaja beberapa minit tadi. harap, selalu dalam penjagaanNya..amin

bismillahirrahmanirrahim, ya Allah, aku memohon kepadaMu ya Allah, peliharalah hati2 kami selalu. jangan biarkan walau pun sesaat atau pun sedetik, hidup kami tanpa pengawasanMu ya Allah. amin~

bila kita berbicara tentang reactivate. rasanya, bukan tentang fb sahaja kan? sebenarnya, kita perlu reactivate semua perkara yang baik2, tapi kita telah lama tinggalkan. huhu... contohnya, puasa sunat isnin khamis, rasa macam dah lama saya tinggalkan. kena mula balik ni. :D
contoh lain, baca al-mathurat, jaga mutabaah (catatan amal harian), bersenam, hafaz ayat qur'an (masa di sekolah dulu kena hafal ayat hafazan, tapi sekrang da lupa dan da tak buat), mengaji beramai-ramai, solat berjemaah (masa di asrama dulu selalu buat), pergi kenduri (masa kecil dulu selalu pergi, sekarang da jarang..huhu), dan macam2 lagi la. banyak sebenarnya.

huhuhu, sedihnya dah banyak tinggalkan. sepatutnya, "hari ini lebih baik dari semalam", bukan nya vice versa. huhu.. kita perlu berubah or berhijrah ke arah yang lebih BAIK, bukan ke arah yang lebih TAK baik.

hurrmmmm, kena berubah ni. ya Allah, ampunkanlah kami. amin.

insyaAllah, mari kita mula balik. mari kita mulakan semula langkah pertama kita. mari kita muhasabah diri, untuk memperbaiki diri, dan refresh semula iman kita. kalau kita boleh refresh page, kita pun mesti boleh refresh iman kita. insyaAllah, moga selalu diberikan kekuatan hati untuk istiqamah. amin.

~nota kecil~
kita semua insan yang serba tidak perfect. tapi, Allah menciptakan kita dengan penciptaan yang sangat terbaik. tidakkah kita bersyukur??? mengapa tidak kita belajar untuk mensyukurinya? huhu. ya Allah, please, ampunkan kami ya Allah. moga kami selalu menjadi seorang hamba yang selalu bersyukur. amin~


Monday, April 4, 2011

terkejut.... :P

bismillahirrahmanirrahim.

terkejut saya. memang tidak disangka. huhu.. terima kasih sangat-sangat. terharu... :)

ceritanya begini ~

pada pagi ahad, 3hb April 2011, 

kakF : hari ni turn akak masak kan? nak masak apa ya? request cepat.
Fatih : eh2, tak tak. hari ni kakW nak masak sambal, nanti...
kakF : oooo, ha'a2..akak masak nasi kan? nak pergi sobeys pukul berapa?
saya : eh2, ada apa petang ni?
kakW : kita ada makan2 petang ni, biasa la tu kan, macam tahun lepas, sebelum exam kita ada buat makan2.. 
saya : ooo...
kakF : nak pergi sobeys pukul berapa? tika nak ikut?
saya : ermmm.... da pergi la hari jumaat hari tu. huuhu..sori..
Fatih : maghrib pukul berapa? eh, zohor pukul berapa? kita pergi lepas zohor. pukul 2 la.


lepas tu, pada tengah hari nya, 

saya : ermmm, makan2 tu pukul berapa? saya ada study group la pukul 4. nak buat mastering chem. huhu..
kakW : tak kira, balik pukul 5.30.
saya : ermmm.... sempat ke... huhu..
Fatih : apa kata awak postpone malam ni? tak boleh ke malam?
saya : ermmm... 


saya pun ambil henpon. tit tit tit.. study group diawalkan jadi pukul 3.

kakW : balik pukul 5.30 taw! balik lambat kena! jumpa kakA, bagitahu, akak suruh balik pukul 5.30 ea.
saya : okay, insyaAllah. kiranya, akak nak mula masak lepas asar kan? ok2.. insyaAllah.
kakW : akak nak start masak awal sebenarnya. tengok la macam mana nanti. tak per, tak tolong masak pun tak per.


sementara saya tengah study group. alamak, dah pukul 5.30 da. sikit lagi. teng teng teng, mesej masuk. 

from kakF : balik awal taw. by 6.
saya reply : ok2.. sorry...

lepas tu..

saya : alright guys, i need to go back now. really sorry.
friends : come on. 2 more questions. wait till 6. 
saya : no, i can't. really sorry. my housemate already text me. sorry guys. thank you for everythings today. thanks a lot. see you.
friends : alright, thanks you too. see you.

sampai sahaja di rumah.


saya : sori, sori, lambat...
kakW : apa sori2? takda sori2. sori2 pergi naik lori.
saya : semua da sampai? sori lambat.

saya pun pergi solat asar. siap solat asar.


saya : sori2, lambat. nak saya tolong apa2?
kakW : tak payah. gi duduk sana. da siap da.

di ruang tamu.

kakS : mana semua orang ni? haih. ni yang nak marah ni.
kakFar : tengok wajah tika, nanti tak jadi marah.. hehe..
kakS : eh2, kenapa lari pulak tu? meh sini nak tengok.
kakFar : malu2 tu.
ramai : hahahaha...


kakA : mana light... ? (guna bahasa tangan)
Fatih : tak da sapa2 yang ada ke?
saya : kenapa? nak apa?
kakIz : tak ada apa. ni ha, main game tangan ni. (da da da si da, si da yu, mexico, layo2 tap tap tap, layo2 tip tip tip, A B C.
.....

bila yang lain pun da sampai. da siap masak. dan tinggal nak makan.

kakW : ok, da boleh makan. ladies first.
sWan : ha Teka, amik dulu. cepat2..
saya : saya TIKA la, bukan Teka. cuba paggil Tika n Tiha, ok la daripada Teha n Teka. kan3!? hehe..

makan2...


kakS : sedap.. nak lagi.. eh, tak boleh, nak simpan perut untuk benda lain.
saya : simpan perut untuk apa?
kakF : ada la tu, kakS nak makan ngan kengkawan dia.
kakS : eh, mana ada..
kakF : ermmm, xda la.. buah nanti, kita ada banyak benda lagi yang boleh dimakan ni.. hehe..

makan2... eeemmmmm...sedapnyaaaaaaa... :) siap makan..

sekali, kek pun datang, sambil nyanyi..happy birthday to you..(saya pun nyanyi sekali).
tapi pelik, kenapa pandang saya? eh, saya ke? birthday saya ke??? ya Allah......... mekasih semua!!! terharu.... tak terfikir pun.....

nota kepada semua,
jazakallahu khairan kathira. terima kasih banyak2. really appreciate it. terharu... huhu..
teha, k.wan,  k.faas, k.ain, k.ainil, k.izzah, k.deela, k.shikin, k.farah, brendan, syazwan, pojie, the game, amin, dan sesapa pun yang terlibat mahu pun yang tidak terlibat. terima kasih banyak2. really2, super duper, unexpected, and really appreciate it. subhanallah.

sebenarnya, birthday saya lambat agi, 6hb. bukannya 3hb. tu yang macam tak tersangka tu, sambut bday saya. memang tak terfikir langsung. saya fikir, waktu birthday saya nanti, memang tak ada sambut apa2 pun. sebab, waktu tu, memang semua orang sibuk. lebih2 lagi, hari sabtu ni (9hb) da mula final. subhanallah. all the best la semua ya. thank you so much. mekasih sangat2 sebab sudi luang masa.

10. Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (Al-Hujurat, 49 : 10)
insyaAllah, marilah kita bersama2 menjaga hubungan baik dengan semua. saya sedar, kadang2, saya ni berlaku kasar. maaf la ya. maafkan saya. insyaAllah, saya akan cuba perbaiki segala kelemahan diri ini.

sebenarnya, bila kita berbicara berkenaan tentang semua orang islam itu bersaudara, banyak yang boleh di ketengahkan, dan dibahaskan. tapi, insyaAllah, lain kali kita berbicara tentangnya. :)

bila da sedar, umur da cecah 20 (kalendar masihi) dan 21 (kalendar hijrah), rasa macam, ya Allah, apa yang telah ku lakukan sepanjang hidup ku ini? sebegitu banyak nikmat yang telah Kau kurniakan, tapi, bersyukurkah aku?
jika sultan Muhammad al-Fateh, telah berjaya menakluk kota Konstantinopel pada umur 21 tahun, sahabat2 nabi telah berjaya mengkhatam serta menghafaz al-qur'an pada usia yang muda, ikut berperang pada usia yang muda, tapi apa yang telah ku lakukan? apa yang telah ku lakukan sepanjang ku hidup di dunia ini? innalillahi wainna ilaihi rojiun. pada bila2 masa sahaja nyawa ku mungkin akan ditarikNya. ya Allah, ampunkanlah. amin~

~nota hati~


terima kasih semua. selamat maju jaya untuk exam. moga Allah selalu memberikan kekuatan dan kecerdasan serta kesihatan jasmani dan rohani untuk menghadapi hari esok dan seterusnya. insyaAllah. amin~
dan, semoga, kita semua selalu dalam penjagaanNya. amin~