rasa macam sudah lama tidak update blog. rasa macam ****. apa khabar semua? :)
baru-baru ini, bila mengaji al-qur'an, asyik terjumpa ayat ni sahaja. rasa macam tersentuh sangat di hati. rasa macam, * dush! terketuk diri sendiri.*
Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al-jumu'ah, 62 : 1)Ini salah satu ayatnya. sebenarnya, ada banyak lagi. tapi, saya quote salah satu sahaja.
segala apa yang ada di langit dan di bumi, senantiasa@selalu@sentiasa@everytime@setiap saat bertasbih memuji Allah. setiap detik yang berlalu, mereka sentiasa berzikir pada Allah. tapi saya? tapi kita? rasa macam, jauh panggang dari api kalau nak compare kan. huhuhu..
mak saya selalu cakap, kita kena ingat Allah selalu. berzikir selalu. ibarat JAM. setiap saat, jarum jam berdetik. tik, tik, tik, tik, ... tik, tik. setiap kali ia bergerak (clockwise), ia sentiasa tik, tik, tik. even, bateri jam itu sudah nyawa-nyawa ikan pun, still, jarum jam tetap berdetik di tempatnya sendiri walaupun ia tidak bergerak. ia still tik, tik, tik, tik, ... tik. macam itulah dengan kita, sepatutnya, selagi nyawa dikandung badan, kita perlu untuk selalu mengingat Allah selalu. even, walaupun kita sedang nazak sekalipun, kita still, perlu mengingat Allah lagi. tapi, saya, anak yang degil lagi tidak mendengar kata, masih still, belum berjaya nak buat begitu. huhuhu. (kena ubah sikap tu!)
lagi satu, masa dulu kan, masa zaman budak-budak sekolah rendah dulu. kami malas nak pergi sekolah, sebab jauh dan kena naik basikal (alasan penat, malas dan sekutu dengannya). lepas tu, mak selalu cakap,
"pergilah sekolah. kalau nak tahu, pokok-pokok di tepi jalan tu, batu-batu tu, semut-semut, binatang-binatang, semua la, selalu doakan kamu sebab mereka sayang sangat orang yang bekerja di jalan Allah ini. pergi sekolah tu Allah suka taw. 'bismillah, ya Allah, Kau bagi lah budak-budak ni pandai, bagilah mereka kesenangan hidup di dunia dan di akhirat, kurniakanlah rahmat Engkau, berkatilah mereka selalu ya Allah. amin.' haa, tengok, semua pun sayang. semua nak mendoakan. pokok-pokok sayang, batu-batu sayang, semua la sayang. sayang kamu semua. jadi, rajin-rajin lah pergi sekolah ya. :) "see! semua tu selalu doakan kita. mereka ni, selalu bertasbih memuji Allah, selalu mendoakan, dan segala-segalanya yang baik-baik yang mereka lakukan. tapi saya? tapi kita? selalu doakan orang lain tak? selalu berzikir memuji Allah tak? selalu bersyukur tak? selalu INGAT Allah tak? huhuhu T_T
sebenarnya, tangan yang menaip laju ni, menujukan taipan ini untuk diri sendiri. sebab, diri yang kerdil ini, selalu sangat lupa diri. selalu sangat lupa pada Penciptanya. selalu sangat lupa akan tugasnya. selalu sangat lalai dan leka dengan kehidupan dunia. sehingga kan, dia merasakan seperti, dia semakin jauh. jauh. jauh. dan jauh. feel too far from Allah.
ya Allah, please, don't let us go astray. amin~
No comments:
Post a Comment