reactivated... hari ni, reactivate fb balik...huhu.. atas sebab2 tertentu, saya perlu reactivate balik.
bila fikir, memang macam perlu sahaja reactivate, atas banyak sebab. tapi, hati ini rasa macam sebersalah lagi nak reactivate ke tak. bukannya apa, takut. takut tak dapat jaga diri. huhu... T_T
tapi, saya da reactivate da pun. baru sahaja beberapa minit tadi. harap, selalu dalam penjagaanNya..amin
bismillahirrahmanirrahim, ya Allah, aku memohon kepadaMu ya Allah, peliharalah hati2 kami selalu. jangan biarkan walau pun sesaat atau pun sedetik, hidup kami tanpa pengawasanMu ya Allah. amin~
bila kita berbicara tentang reactivate. rasanya, bukan tentang fb sahaja kan? sebenarnya, kita perlu reactivate semua perkara yang baik2, tapi kita telah lama tinggalkan. huhu... contohnya, puasa sunat isnin khamis, rasa macam dah lama saya tinggalkan. kena mula balik ni. :D
contoh lain, baca al-mathurat, jaga mutabaah (catatan amal harian), bersenam, hafaz ayat qur'an (masa di sekolah dulu kena hafal ayat hafazan, tapi sekrang da lupa dan da tak buat), mengaji beramai-ramai, solat berjemaah (masa di asrama dulu selalu buat), pergi kenduri (masa kecil dulu selalu pergi, sekarang da jarang..huhu), dan macam2 lagi la. banyak sebenarnya.
huhuhu, sedihnya dah banyak tinggalkan. sepatutnya, "hari ini lebih baik dari semalam", bukan nya vice versa. huhu.. kita perlu berubah or berhijrah ke arah yang lebih BAIK, bukan ke arah yang lebih TAK baik.
hurrmmmm, kena berubah ni. ya Allah, ampunkanlah kami. amin.
insyaAllah, mari kita mula balik. mari kita mulakan semula langkah pertama kita. mari kita muhasabah diri, untuk memperbaiki diri, dan refresh semula iman kita. kalau kita boleh refresh page, kita pun mesti boleh refresh iman kita. insyaAllah, moga selalu diberikan kekuatan hati untuk istiqamah. amin.
~nota kecil~
kita semua insan yang serba tidak perfect. tapi, Allah menciptakan kita dengan penciptaan yang sangat terbaik. tidakkah kita bersyukur??? mengapa tidak kita belajar untuk mensyukurinya? huhu. ya Allah, please, ampunkan kami ya Allah. moga kami selalu menjadi seorang hamba yang selalu bersyukur. amin~
4 comments:
amin...sangat bertuah mempunyai sahabat yg sentiasa mengingatkan dunia akhirat
huhuhu...jieeeeeee......
jihah pun da deactvte fb. tp adakala rasa perlu utk reactvte. namun hati masih keliru, mana satukah jln yg tbaik. pe pndpt tika ya?
jiha :)
ermmm, tnye pndpt? hurmmm.. mule2 kn, sbnrnye, tka pn keliru jugak.. dlm dilema.. tp, memikirkn tntg sesuatu pkara, jd tika mengambil keputusan utk reactivate blk.. huhu.. hope, still tjaga la..amin..
mgkin, jiha boleh fikir blk tntg pro n cons nye deactivate and reactivate. sumtimes, org gne fb utk keep contact ngn people, keep contact ngn family, alat komunikasi y sume org gne jd senang nk wt discussion, utk share sumtings, or utk wat ape2 y xberfaedah.. jadi, mgkin kne fikir blk la, kenapa kite buat sesuatu.. huhu.. setiap amal itu bergantung pd niatnya.. jd, kne selalu jge niat.. tp, satu pkara y plg kne ingt, niat x mnghalalkn cara.. jd, kne betul2 fikir.. :)
harap, ini mbantu. tp, maafla, sebenarnya, tika pn xbpe pndai sgt nk bg pndapat.. maaf ea, sbb tka pn hadapi masalah y sme.. huhu..
moga kita semua dlm pnjagaanNya.. amin~ ^^
Post a Comment