Monday, July 25, 2011

kecil nya... tapi~

bismillahirrahmanirrahim.

assalamualaikum sahabat2 semua :)

sebenarnya, masa saat ini, saya xtahu nak tulis pasal apa.

baru2 ni, saya tengok drama korea ni. tajuknya "take care of the young lady" or "lady castle" or apa ntah lagi nama lainnya. x ingat. tapi apa yang saya nak share kali ini adalah sedikit kata2 yang saya dapat dari cerita tu, yang saya rasa boleh kalau nak share dengan kalian semua insyaAllah.. :)

"even something small can get acknowledged so long as there's sincerity" (lady castle, ep 15).
"even the smallest bit of sincerity moves people"(lady castle, ep 16).

sekecil2 perkara itu, akan jadi bermakna jika ada keikhlasan. rasanya, xperlu saya nak hurai panjang2 kot. insyaAllah, semua orang boleh faham kot. :)

mari kita sama2 belajar untuk melaksanakan sesuatu dengan keikhlasan. atau lebih tepatnya lagi, melaksanakan sesuatu perkara dengan niat kerana Allah.

"Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” (Surah Az-Zalzalah ayat 7-8)
“Dan kamu menganggapnya ringan sahaja, padahal di sisi Allah adalah besar.” (Surah An-Nur ayat 15).

oleh itu, insyaAllah.. ayuh, mari mulakan langkah pertama. biarlah banyak sekalipun langkah pertama dalam kamus hidup kita, *its okay.. ^^*
sebab, it means that, we are always reviewing our niyyah, perbaharui niat, dan sentiasa bermuhasabh diri insyaAllah. tapi, janganlah biarkan ia sebagai anggapan mahupun angan2 kosong, biarlah ia menjadi kenyataan yang pasti. insyaAllah...

seperti biasa, tangan yang menaip, matanya lebih dahulu membaca berbanding insan2 yang mengklik blog ini utk membaca. wallahu'alam. lebih kepada peringatan diri saya sendiri..

bismillahirrahmanirrahim.. 

No comments: