Thursday, July 7, 2011

setelah sekian lama menyepi~

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum wbt. aseef jiddan 'ala kullihal. maaf sangat2 sebab lama sangat menyepi. huhuhu...

setelah sekian lama menyepi, terasa diri ini semakin kesepian. terasa diri ini semakin kekosongan...huhuhu.. T_T *faham ke?* ye la kan, bila kita duduk senyap sahaja, lalu kita pun terasa sepi la kan. ibarat air yang bertakung, jika tidak mengalir, berlumut lah ia. lalu, terhasillah keladak2 di dalam air, sehingga sampai satu saat, air yang bertakung itu tidak segar lagi. huhuhu...(even, kucing pun tak nak minum air takungan tu)...

hari tu, sambil2 window reading blog orang lain kan, sekali terjumpa la ayat ni.

"kawan : rajinnya awak update blog ea, saya kemalasan..huhu..
 kawannya : mestilah rajin. sebab, ada orang bagi tahu saya, kalau nak buat sesuatu, kene la  buat dengan bersungguh2! sebaik2 amal kan adalah amal yang apabila ia dilakukan dengan bersungguh2. ^^ "
dussssshhhhhh!!!! zaaaaaappppppp!!! direct panah terus ke hati saya... adoyaiiii, terkena muka sendiri.. huhuhu... x_X

sebenarnya, saya tak tahu nak share apa pun untuk entry kali ni, sebab lama sangat menyepi kan. nak kata busy, tak la pulak. ia lebih kepada tak tahu nak tulis apa. rasa macam sebersalah sangat kat diri sendiri. rasa macam, diri ni hipokrit pun ada.

hipokrit? kenapa hipokrit? yang ni, tiba2 je la, rasa nak bagi tahu apa yang saya selalu rasa bila saya nak LIKE status orang. huhuhu..

kadang2, (lebih kepada di fb la) bila saya baca status yang di update nya, rasa macam menarik dan rasa macam "betul tu apa yang dia kata", jadi rasa macam nak "like" status tu. tapi, bila saya fikir balik, "aku ni, like je status orang, tapi aku apply ke apa yang tertulis di status tu? -_-" "

time tu, rasa macam teruk sangat diri ini (bukan time tu je la, lebih kepada most of the time..huhuhu).

sebenarnya, masalah ni, sendiri sahaja kan yang boleh solve.

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."  (ar-Ra'd, 13 : 11)
Allah tak kan ubah nasib kita kalau kita yang tak berubah dulu kan!??? jadi, penting sangat anjakan paradigma dalam diri kita untuk kita berusaha merubah diri kita menjadi lebih baik.


dalam banyak2 perkara yang paling susah untuk dilakukan adalah BERUBAH. memang susah, sangat susah, susah sangat2, paling susah. tapi, apa yang penting? "kerjasama!". 


salah... =P apa yang penting, kita kena USAHA. sebab, Allah tak lihat pada hasil, tapi lihat pada usaha kita. betul tak??? huhuhu...


**saya baru tambah ayat ini pd 29/9/2011 jam 10.27pm wktu NB...
- ehhehe...terlupa nak tulis hari tu..apa yg penting dari yang penting adalah TAWAKAL.. :) tawakal bermula di awalan tau.. :)


diri ini, bila bertulis, "amboi, pandainya!!! ~_~ tapi, bila nak melaksana, "innalillahi wa inna ilaihi rojiun... atika berubah laaaaa...o_0"

jadi, peringatan untuk diri ini dan orang lain, segala apa yang saya taipkan di sini, lebih2 utama nya, adalah peringatan untuk diri SAYA dan orang lain. mata empunya yang menaip lebih dahulu membaca daripada mata mereka yang membaca. wallahu'alam..
moga2, usaha saya yang sedikit ini, dalam perkiraan Allah swt yang Maha Agung lagi Maha Pengampun.

bismillahitawakkal tu 'alallahi lahaulawala quwwataillabillahil 'aliyyil 'azim...





2 comments:

Najihah Razali said...

tika, jgn sepi2 lg ye. em, jiha pun mcm tu jgk, kdg2 ckp je lebih, tp nak istiqamah dlm amalan tu, allahurabbi punyelah payah. T_T

ikan :) said...

huhuhu... mekasih jihah :) insyaAllah... harapnya boleh la istiqamah...huhuhu... t_t