"sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka, mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar." (al-mulk, 67: 12)
assalamualaikum people :) lama benar tidak meng'update' blog ni. aseef jiddan 'ala kullihal. haisshhhh! atika2, mengapa tidak update blog setelah sekian lama??? di mana kamu menghilang??? di mana??? -_-"
sebenarnya, saya tidak tahu ingin berbicara pasal apa. rasa seperti kering idea. tapi insyaAllah, sedikit sebanyak entri saya pada waktu ini, harap2 bisa menjadi peringatan buat diri saya dan juga orang lain. moga mendapat rahmat Allah.
do you guys knew about the quote just now?
"As for those who fear their Lord unseen, for them is Forgiveness and a great Reward." (Al-mulk, 67: 12)"
agak2, boleh faham tak rasanya? :) insyaAllah, boleh faham kan semua. pembaca2 seperti kalian semua ni, memang bijak2 belaka. jadi, kalau saya tak terang pun, mesti dapat sedikit sebanyak mesejnya kan? ^_^ insyaAllah..
key point yang penting dari yang sangat penting di sini adalah, TAKUT dan TIDAK TERLIHAT. yang mana, apabila kita takut pada sesuatu yang kita tidak nampak (bukan hantu or benda2 lain ya! *khas untuk peringatan diri saya*) tapi Allah iaitu Pencipta kita, Tuhan kita. jika kita takut kepada Allah yang kita xpernah nampak, insyaAllah besar ganjaran pahala, dan juga kita mendapat pengampunan dariNya.
***selingan ~ masa dulu2 kan, time saya kecil2 lagi (belum sekolah lagi la time tu). abang2 dan kakak2 saya pernah tanya saya, ------>
mereka : tikah, antara hantu dengan Allah, mana tikah takut?.
saya (tanpa berfikir panjang) : hantu! x_X.
mereka : aik, tikah tak takut Allah ke???.
saya (terus pantas menjawab) : tak! sebab Allah baik! ^_^.
mereka : ooooohhh... ~_~"
habis selingan, kita sambung lagi.
kalau masa di sekolah, kita takut tak pada cikgu, jika kita tak buat homework? kalau di rumah, kita takut tak dengan mak, bila kita terpecahkan pinggan? kita takut tak dengan bapak, bila kita tercalarkan kereta? kita takut tak dengan kawan, bila kita terhilangkan phone dia? takut tak? takut tak? takut tak???
**jawapan saya : takutttttnyerrrrr! ketar sampai rasa nak nangis. x_X
tapi! kita takut tak pada Allah, jika kita tinggal solat? kita takut tak pada Allah, jika sentuh yang bukan mahram? kita takut tak pada Allah, jika kita buat apa yang Dia larang? kita takut tak pada Allah, bila kita tak buat apa yang dia suruh? kita takut tak? takut tak? takut tak????
**jawapan saya : urmmmm, macam kurang berperasaan jerrrr... rasa macam, xrasa apa2 kot... entah la...!_!
apekah??? -_-"
%%% ya Allah, ampuni kami kerana kami sering terlupa dan terleka. ampuni kami kerana kami lalai. amin~
kerana apa kita lebih takut pada manusia, tapi kurang rasa takut pada Allah? kerana apa? sebab manusia kita nampak, tapi Allah kita tak nampak! habis tu, kenapa kita lebih takut pada hantu, tapi kita tak takut pada Allah??? *i'm clueless and speechless! sebab, kita selalu di omok2 kan dengan cerita2 hantu! siapa suka tengok cerita hantu??? (saya tak suka! sebab saya tahu saya pengecut. anda bagaimana?)
tu lah, zaman sekarang ni, banyak sangat perkara2 macam ni. media memainkan peranan penting juga dalam hal ni. tapi nak salahkan media sepenuhnya pun tak boleh, sebabbbbb...media menayang sesuatu based on pilihan orang ramai! betul tak???
**selingan lagi~
kawan saya pernah cakap hari tu, "tak yah takut lah tikah, hantu tak ikut pergi canada. :)". ehhehee..do you guys get the message? fikir2 sendiri lah yer.. >_^
i'm not saying that hantu tak wujud or whatsoever, sebab semua tu perkara ghaib kan. we never know.
but, the point here is, lebih takut hantu or lebih takut Allah? $ jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri....$
okay2, key point yang penting lagi di sini, do we feel that Allah is here next to us? i'm sorry, not next to us, but much nearer to us.
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Q.s. al-Baqarah: 186).
"dan sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dan Mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya." (Qaf, 50: 16).
lihatlah, betapa hebatnya Allah. subhanallah. lebih dekat dari urat leher kita. untuk setiap penciptaanNya okay! semua! bukan saya seorang. tapi semua! subhanallah, agungnya Allah.
jadi, wajar tak untuk kita takut pada Allah? wajarkah? reasonable kah? one important concept here, about takut. takut dalam bahasa melayu, dalam arabnya, taqwa. apakah itu taqwa?
Mengenai ini, ada suatu riwayat yang tertulis dalam tafsir Ibn Kathir yang mudah-mudahan dapat memberikan gambaran secara mudah kepada kita tentang apa itu taqwa, iaitu perbincangan antara Umar bin Khattab r.a dan Ubay bin Ka'ab r.a.
-------
Pada suatu ketika Umar bin Khattab r.a. bertanya kepada Ubay bin Ka’ab tentang taqwa...
Ubay bin Ka’ab menjawab, “Bukankah Anda pernah melewati jalan yang penuh duri…?
“Ya…”, jawab Umar bin Khattab.
“Apa yang Anda lakukan saat itu…?” kata Ubay bin Ka’ab.
“Saya akan berjalan dengan sungguh-sungguh dan berhati-hati sekali agar tak terkena dengan duri itu”. kata Umar bin Khattab.
“Itulah TAQWA…!” jawab Ubay bin Ka’ab.
saya terasa macam dah panjang sangat pulak entri pada kali ini. insyaAllah, kita akan bersambung pada waktu yang lain, di bumi yang sama. insyaAllah :)
p/s : entri ini lebih kepada peringatan diri saya. wallahu'alam. yang baik itu datang dari Allah, dan yang kurang baik itu kesilapan diri saya sendiri. moga Allah selalu melimpahkan kerahmatan pada kita semua. amin~ alhamdulillah.
3 comments:
saya mahu jadi seorang yg takut padaNya,...
saya juga.... x_X
haha. comel!^_^ hehe
Post a Comment