Wednesday, March 30, 2011

manisnya dengan senyuman :)

bismillahirrahmanirrahim.

manisnya seseorang dengan senyuman. subhanallah. cantik. manis. menawan. segala-gala sifat ada. subhanallah.

senyumlah :) mungkin itu sahaja sinaran yang dilihat pada hari itu.

saya terfikir semalam, apabila saya melihat seorang kawan saya tersenyum. subhanallah. manisnya dia. bila dia masam, adushhhh.... "kenapa ni, saya ada buat salah apa2 ke? huhu.. ".

tapi, bila dia tersenyum, masyaAllah. hebatnya ciptaan Allah. manisnya dia (^_^) . ibarat, segala berat masalah saya hilang, hilang ditiup angin. subhanallah... hebatnya sekuntum senyuman. mampu menghalau kegusaran di hati. subhanallah, manisnya sebuah senyuman, ayu mengalahkan mekap yang tebal seinci. subhanallah, meriahnya sebuah senyuman, mampu menceriakan suasana yang suram.


seorang kakak selalu cakap, " nabi tidak ketawa, senyum sahaja. :) tapi, manis dan ikhlas nya senyuman nabi, sampaikan orang yang ada masalah sebesar gunung uhud pun, seberat bumi pun, setinggi gunung everest pun, tertekan sampai nak bunuh diri pun; senyuman nabi mampu menghilangkan semua rasa itu. sehingga, datanglah damai dan permai di hati. subhanallah..." berbunga-bunga rasa hati.






perkara penting nya apa? perlu ikhlas. senyumlah dari hati, kerana, senyuman dari hati itu lah yang paling manis. ada beza taw senyum dari hati dengan senyum dari otak. hurmmm, kalau senyum dari hati, bermakna, memang dia yang nak senyum. kalau senyum dari otak, urmmm, macam ada maksud sahaja senyumnya itu.. >.<





boleh tengok iklan senyum :D, lagi nampak rasanya perbezaan dengan orang yang senyum dan tidak senyum.


saya ni, rasanya, selalu sangat bermasam muka. huhu. tak baik! hurmmm, kena berubah ni. insyaAllah. mari sama berubah ea. berhijrah kepada yang lebih baik. insyaAllah. :) 




jom nyanyi :) lagu raihan, senyuman.

smile k \(^_^)/

Monday, March 28, 2011

petua-tua pelajar cemerlang


bismillahirrahmanirrahim

exam sudah dekat. paper saya start 9hb april. kelas habis 8hb april, esoknya terus final... whoaaa...x_X
tapi tidak mengapalah, sebab, ada orang yang mungkin subjeknya lebih tough dari subjek saya boleh redha, kenapa saya tidak boleh redha kan? :) insyaAllah, moga diberikan kekuatan dan kecerdasan serta keimanan untuk menghadapi exam nanti.

all the best semua ya! :) buat yang terbaik. nanti, kalau tak dapat jawab, jangan ingat saya taw, nanti lagi tak dapat nak jawab. kalau nanti tiba2 blur sahaja, berdoalah ya. ingat Allah banyak2. berselawat, berzikir, dan berdoa. moga Allah berikan idea2 yang bernas nanti.. amin.. ^^

saya nak berkongsi sedikit petua-tua pelajar cemerlang. ada seorang sahabat ni, share pada kami masa usrah (gathering) di UNB. jadi, saya share la pada kalian semua ya ^^ moga, harap2, dapat lah sedikit sebanyak ibrahnya (kebaikannya).

petua ni diperoleh dari surah al-mu'minun. surah yang ke-23, dalam al-qur'an :)

1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
dalam ayat yang pertama ini, dikatakan beruntunglah (berjayalah) orang2 yang beriman. beriman ini memberikan erti kata lain sebagai YAKIN, PERCAYA, dan BERIMAN. ini bermakna, jika kita ingin berjaya, kita perlulah beriman kepada Allah dengan iman yang sebenar2nya. kemudian, kita perlulah yakin dan percaya dalam diri kita, yang kita boleh menghadapi serta kita mampu melaksanakannya.
lagipun, Allah tidak pernah membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya. (boleh cek surah al-baqarah,2 : 286) :)
jadi, pasti dan yakinlah, kita mampu menghadapi semua ini. insyaAllah.

2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,
dalam ayat yang kedua ni pula, cakap pasal khusyu'. khusyu' membawa erti kata lain sebagai SEPENUH HATI, BERSUNGGUH2, FOKUS, BUKAN SAMBIL LEWA, dan yang sekutu dengannya. perkara pertama yang perlu diambil pusing perlulah di dalam solat. jangan sambil lewa sahaja bila solat (peringatan penting untuk saya). perlulah bersungguh2, fokus, tidak kira dalam melaksanakan apa2 pekerjaan sekalipun. solat, makan, tidur, belajar, bermain, dan etc. perlu bersungguh2.
cikgu saya pernah kata dulu, "bermain boleh, tapi jangan main-main."

3. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
dalam ayat yang ketiga ni, ia berkata tentang menjauhi perkara2 yang lagha. perkara yang lagha ini adalah perkara2 yang sia2, tiada berguna, membuang masa, dan seangkatan dengannya. kita perlu bijak dalam mengutamakan yang mana satu lebih utama dari yang utama. yang mana satu prioriti. "utamakan yang utama."
--- jangan umpat pensyarah, tiada kebaikan pun. malah, tambah keburukan. ---

4. dan orang-orang yang menunaikan zakat,
huraian dalam ayat ini adalah berkenaan zakat. apa yang dimaksudkan dengan zakat ialah kita perlulah prihatin, mengambil berat, ambil tahu, care or yang seumpamanya; dengan sekeliling kita. orang, haiwan, alam, kawan2, family, dan sesiapapun. berkongsilah ilmu dengan mereka (jangan kedekut ilmu), ajarkanlah, or kongsilah apa2 pun yang boleh dikongsi. "sharing is caring." :)

5. dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
huraian dalam ayat yang kelima pula mengetengahkan isu menjaga kehormatan. bila berbicara tentang kehormatan, banyak cabangnya. dari segi hati kita, peribadi, diri, percakapan, pendengaran, penglihatan, perhubungan, dan seanggotanya. jangan melampaui batas dalam perhubungan. tapi, paling penting, kena jaga semua taw! >_^ key point paling penting adalah MENJAGA.

8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya
dalam ayat yang ke-8 ni, ia membicarakan tentang menjaga amanah dan janji. tujuan kita datang 'sini', tujuan kita hidup di muka bumi ini, harapan parents dan keluarga yang merelakan pemergian kita, harapan penaja kita, harapan kengkawan kita, dan semuanya la. huhu. jangan alpa dan lupa diri. kena selalu ingat siapa kita (walaupun saya masih tak berapa tahu siapa saya, tapi kena ingat juga). dan, bertawakallah. :)

9. dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
perkara penting dalam ayat ini adalah MEMELIHARA. mereka yang memelihara solatnya, adalah mereka yang solat diawal waktu, menjaga wudhu'nya agar menjadi sebaik2 wudhu', menjaga solatnya ibarat dia akan mati pada esok hari. ia menjadi didikan kepada kita supaya berdisiplin dalam setiap apa yang kita lakukan. menjaga waktu kita, agar selalu menepati masa. "masa ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu."


berikut merupakan sedikit tips yang dapat dikongsi :)

all the best exam! walaupun kita ada exam duniawi ni, jangan lupa pula, kita still ada exam ukhrawi. jadi, disamping kita berjuang untuk bersedia menghadapi peperiksaan, jangan dilupakan juga persediaan kita untuk menghadapi hari perhitungan nanti. ^^

wallahu'alam. moga kita semua selalu dalam penjagaanNya. amin. :D

Monday, March 21, 2011

terkena!!! (part 1)

bismillahirrahmanirrahim.

sedih sangat... T_T huhuhu...

pernah dengar tak "serangan pemikiran" or "ghazwatul fikr" or "perang saraf" ?

kalau nak tahu sedikit definisi, ghazwatul fikr ni, adalah merupakan agenda musuh2 islam dalam menjatuhkan islam itu. huhu...


siapa musuh2 islam?

  1. yahudi dan nasrani "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (2 : 120)
  2. iblis dan syaitan "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah[36] kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir." (2 : 34)
  3. dalam surah an-nas, kita memohon perlindungan Allah dari kejahatan jin dan manusia "dari (golongan) jin dan manusia." (114 : 6)

sejarahnya

  • Adam dan Hawa vs. Iblis (semasa di Syurga)
kisah yang pasal makan buah khuldi tu. rasanya, semua da tahu kisah ni. dalam Quran pun ada di sebut. kira, waktu tu, Allah pesan kat Adam + Hawa supaya tak sentuh or even jangan dekat pun dengan pokok khuldi tu lebih2 lagi tak boleh makan buah khuldi tu, sebab buah larangan. tapi, iblis laknatullah ni pun, mulakan serangan pemikiran dengan menghasut mereka supaya makan buah khuldi tu. kerana, apa yang diuar2kan, kalau makan buah tu, nanti dapat hidup kekal kat syurga. Adam + Hawa pun terpedaya... huhu... (sehinggalah kisah mereka diturunkan ke bumi dan mereka bertaubat dan etc.... )

bermakna, perang ni, da berlaku masa kita belum ada lagi... masa zaman di syurga lagi... tanpa kita sedari, perang saraf ni bagaikan api dalam sekam. senyap2 jer, kemudian, tup tup, da hangus sekam tu. huhu..

  • ia di sambung pula dengan perang salib.
tahu kisah perang salib? saya tak berapa tahu sangat. tapi serba sedikit yang dibincangkan, insyaAllah akan saya kongsikan.
perang ni berlaku semasa zaman kegemilangan islam satu ketika dahulu. islam jatuh pada 1924 dan penghapusan sistem khalifah pada 1948. penaklukan baitul maqdis bermula. pemimpin kerajaan turki pada waktu itu cuba untuk menghapuskan islam. kononnya, agama membawa kepada kemerosotan kemajuan. maka, dia cuba memisahkan agama dari segala2nya. bukan sekadar memisahkan, malah cuba untuk melenyapkan terus jejak2 islam untuk generasi akan datang.

azan ditukar dalam bahasa turki. penulisan dan bahasa pengantara juga turut di tukar. bagi wanita, jika ingin bertudung, perlulah memakai skirt pendek -_-" dan banyak lagi perubahan2 drastik yang mendadak untuk melenyapkan islam supaya generasi akan datang tidak tahu menahu langsung pasal islam. kejam! astaghfirullahal'azim

nak dijadikan ceritanya, 30 tahun sebelum berlakunya perang salib itu, umat islam berada dalam keadaan yang sangat kuat waktu itu. tentera musuh yang lain, tidak berani untuk melawan atau berperang dengan tentera islam sebab islam sangat kuat, siapa pun yang cuba melawan, islam pasti akan menang. islam bukan sekadar kuat dari sudut ketenteraan, malahan dari sudut keimanan, rohani dan jasmani. subhanallah...

jadi, musuh islam ni pun, hantarlah sepai (spy or spies) untuk cek, line clear ke tak.
jadi, geng2 sepai ni pun, jalanlah... akhirnya, terjumpa dengan seorang budak yang menangis. bila ditanya kenapa budak tu menangis, budak itu pun mengatakan dia menangis sebab ibunya tidak membenarkan dia ikut berperang... selagi dia tidak khatam 30juz al-quran lagi...(subhanallah)... jadi, sepai2 tu pun balik, dan mengatakan, "oh, line belom clear lagi".

3o tahun selepas itu, sepai2 datang lagi. jalan dan jalan, jumpa lagi budak menangis. bila ditanya mengapa, budak itupun mengatakan kerana ibunya tidak mahu belikan nya seorang hamba... huhu.. sepai2 tu pun balik dan melaporkan "oh, line dah clear... haha.."

islam jadi lemah bila dicucuk2. huhu..
ada satu kisah ni, seorang raja orang jahat ni kena tawan. dia pun perhatikan masyarakat islam dan cuba mencari titik kelemahan orang islam.. bila dia perhatikan, dia nampak orang islam ni bila ada waktu lapang, mereka mengaji, selalu respect orang, amalkan ajaran Qur'an, ikut sunnah, berpuasa, dan etc. si raja ni pun terfikir "oh, orang islam kuat kerana mereka mengamalkan ajaran agama mereka. jadi, kena pisahkan orang islam dengan Qur'an dan sunnah, barulah mereka lemah.. haha"... jadi, si raja ni pun, sebarkan la kepada tentera, pembesar, dan rakyat nya, supaya rancang strategi untuk melemahkan umat islam... huhu... T_T

  • seterusnya, perang saraf diteruskan dengan penjajahan ke atas negara2 islam.
mereka mula menjajah negara2 islam (seperti Malaysia contohnya) dan cuba menukar sistem2 yang ada. mereka menukar sistem undang2, kuasa raja2, sistem pendidikan yang bersifat sekular (memisahkan agama dengan sains), dan sebagainya.. sedih sangat sebab kita dah terkena! T_T huhu...

ini merupakan antara sejarah awal perang saraf, yang mana, tanpa kita sedar, kita sebenarnya, telah pun terkena dan terpedaya dengan apa yang mereka cuba racuni pemikiran kita... huhu.. T_T

ini baru part 1 (sejarah) belum masuk isi lagi... to be continued insyaAllah...

wallahu'alam



Sunday, March 20, 2011

J******H

bismillahirrahmanirrahim

apakah makna jahiliah?

zaman arab quraish Mekah
mereka melaksanakan perkara2 seperti membunuh anak, menyembah berhala, berjudi, minum arak dan sebagainya. (macam2 lagi contohnya)

zaman kita
seperti buang anak, zina, judi, arak, bunuh, rompak, dan segala2 nya.

contoh yang lebih lagi adalah kita membuang masa dengan aktiviti2 yang tidak berfaedah, membuang masa, sia2, dan etc.
  • perkara yang tidak menaikkan iman kita
  • perkara yang tidak mendekatkan diri kita kepada Allah
  • perkara yang tidak membantu kita dalam menaikkan islam
  • perkara yang sewaktu dengannya...
dalam tempoh 24 jam, berapa banyak masa yang kita gunakan untuk Islam? berapa banyak masa yang kita gunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah? berapa jam? berapa minit? berapa saat? huhu... T_T

dalam surah al-Ashr
menekankan tentang masa!
"demi masa. sungguh, manusia benar2 berada dalam kerugian. melainkan orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan. dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran." (103 : 1-3)

belajar?
kalau niat kita belajar kerana Allah, insyaAllah it will be counted.

makan?
kalau niat kita makan kerana Allah, insyaAllah it will be counted.

tidur?
kalau niat kita kerana Allah, insyaAllah it will be counted.

n etc...
kalau niat kita kerana Allah, insyaAllah (dengan izinNya) it will be counted.

semuanya, berbalik pada niat balikkan!? huhu... (hadith 1 dalam hadith arbain)
and, semuanya, berbalik semula pada hati kita... (pergi youtube jap lagu "jagalah hati") ^_^

huhu.. ayuh, jaga hati kita dan perbaharui niat kita sekarang.
apakah niat saya menulis saat ini? apakah niat saya membaca ini? huhu...

bismillahirrahmanirrahim

pernah dengar tak "sayonara jahiliah" ?

sayonara jahiliah : selamat tinggal jahiliah.

saya tak pernah dengar program tu lagi, but it sounds great. menarik. insyaAllah, harap, satu hari nanti, dapat dengar and betul2 dapat tinggalkan jahiliah tu. amin~

tata jahiliah...
babai...
sayonara...
hope to not see u again...

wallahu'alam



Saturday, March 19, 2011

2 perkara

bismillahirrahmanirrahim...

apa tujuan hidup kita ye?

51:56 dan 2:30

56. Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (al-qur'an, az-dzariyat, 51 : 56)

30. Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (al-qur'an, albaqarah, 2 : 30)


hurrmmmm... bila kita baca ayat2 ni, kita sedar tak? terasa tak? takut tak? beremosi tak? berperasaan tak? gementar tak? huhu...

sedih! sebab, saya tak dapat rasa sekarang... T_T huhu...
kecewa dengan diri sendiri, sebab tak dapat nak menghayati ayat tu. :(
hati rasa sakit, sebab rasa macam jauh sangat dari Tuhan. x_X
badan rasa lemah sebab tak rasa semangat tu.. ~_~

ya Allah, aku takut ya Allah. sehingga saat ini, aku masih tidak berbuat apa2 pun ya Allah...
ya Allah, aku takut ya Allah. aku takut, jika nyawa ku ditarik ketika ku belum sempat untuk betul2 kembali kepadaMu ya Allah...
ya Allah, aku takut ya Allah, jika malaikat Izraeil datang menarik nyawaku dalam wajah yang menakutkan...
ya Allah, aku takut ya Allah, jika segala anggota tubuh ku ini nanti akan ditanya tentang segala yang telah ku lakukan. akan dipaparkan semula segala apa yang telah ku lakukan selama ini.
ya Allah, aku malu ya Allah. aku takut ya Allah. aku risau ya Allah. T_T

1. tugas kita diciptakan adalah untuk mengABDIkan diri kepada Allah.

faham kah kita dengan maksud mengabdikan diri? atau menghambakan diri? atau, kita faham dan tahu, tapi kita tak rasa??? huhu.... :(

seorang hamba akan taat pada setiap arahan Tuannya. seorang hamba akan takut untuk mengingkari arahan Tuannya. seorang hamba akan melaksanakan tugasannya tepat pada waktunya.

jika, Tuan nya baik hati dan sayang akan hambaNya, Tuannya selalu melayan baik hambaNya, tegarkah si hamba untuk mengguris hati si Tuan? sanggupkah? mengapa si hamba selalu tidak mengenang budi Tuan yang baik hati? sedangkan, walaupun si hamba ini sering melakukan kesalahan, namun tidak tergamak si Tuan untuk menghukum si hamba sewenang2nya. masih tetap diberi peluang untuk memohon maaf. masih tetap diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan yang lalu.

pernahkah si Tuan berlaku tidak adil terhadap si hamba2Nya?

tapi si hamba....

2. menjadi khalifah di muka bumi.

apakah yang dimaksudkan dengan khalifah? pemimpin @ pentadbir @ pengelola setiap alam ini. apakah itu alam? ia merangkumi segala2 nya yang ada di muka bumi Tuhan ini. pokok, langit, bumi, tanah, haiwan, ikan, udara, metal, ion, angin, bangunan, makanan, rumput, dan SEGALA2nya... everything!

kita perlu menjaganya! kita perlu mentadbirnya! huhu... T_T

tapi, kita jaga tak?

syahadatul haq. kita buat tak?

syahadatul haq = hak2 syahadah

asyhaduallailahaillallah. waasyhaduannamuhammadurrasulullah.
i bear witness, there is no God but Allah. and i bear witness, Muhammad is Messengger of Allah.
aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

sekadar baca or faham? sekadar mengucap, tapi berSAKSIkah kita?

rasa macam, banyak lagi yang kita belum sedar...

(banyak perkara lagi yang kita belum tahu, yang kita belum faham, yang kita belum rasa, dan yang kita belum buat. huhu..)

huhu... ya Allah, aku lemah sangat di sisi Mu ya Allah. banyak kekurangan ku ya Allah. maafkan aku jika aku tidak berbuat. huhu... T_T


Thursday, March 17, 2011

muka buku

bismillahirrahmanirrahim

muka buku = facebook

terasa ingin bercerita lagi. hehe... :P

sebelum ni saya ada facebook @ fb @ muka buku. tapi sekarang saya sudah tidak ada akaun fb itu lagi. kerana, saya telah men'deactivate'kan akaun fb saya. hal ini kerana, saya mendapati, fb dan seisinya telah mengganggu ketenteraman hidup saya. (saya tak maksudkan semua, tapi, kebanyakannya, ia membuatkan saya susah nak jaga mata. huhu... @_@

tapi, tidak ada isu besar pun. semua orang berbeza kn!? bagi pendapat saya, saya rasa, saya tak cukup kuat untuk mendidik diri saya agar menjaga diri saya dan hati saya serta pancaindera saya dan tidak lupa segala anggota saya. hurrmmmm...

kalau nak dikupaskan satu persatu, ia akan menjadi seperti mengupas kulit bawang. kupas, kupas, kupas, dan kupas, sehingga tiada lah lagi bawang itu kerana telah habis dikupas. tapi, tiada apa pun yang dapat ditemui melainkan kulit bawang itu sendiri. ini bermakna, ia tiada makna. (mengapa berbelit ayat ku ini? huhu)

apa yang ingin disampaikan sebenarnya, saya tak nak cerita apa yang berlaku sebenarnya. apekah??? -_-

sebenarnya, sebelum saya membuat keputusan untuk men'deactivate' fb saya tu, saya telah berfikir dan berfikir dan berfikir. namun, "aku masih keliru..." lantas, saya mengambil keputusan untuk berfikir lagi.

setelah fikir dan fikir dan fikir... akhirnya terfikir.

mungkin fb ada baiknya. tapi ia tetap ada buruknya. dan, buruknya fb itu, memang betul2 memberikan kesan yang mendalam kepada saya. walaupun, rasa sedih sangat hati ini untuk meninggalkan fb tu, sebab, saya akan meninggalkan family saya, kawan2 saya semua, sahabat2 saya T_T

tapi, insya-Allah, harap ikatan itu tidak putus. amin

saya pernah dengar, "kalau ia syubhah, maka tinggalkan"

maka, saya pun telah mengambil keputusan untuk menjauhi perkara yang saya takuti, agar tidak terjebak dengan lebih mendalam ke arah perkara yang saya takuti itu. huhu...

dan, saya memang da buat keputusan! harap, saya akan istiqamah untuk terus tidak membuka lagi akaun fb saya. walaupun saya tahu, susah sebenarnya. sebab, ia macam satu addiction. yang agak payah untuk dikawal. macam rokok juga la kan. agak payah untuk orang berhenti merokok. tapi, ia tidak mustahil. insya-Allah, saya akan cuba untuk terus kental dalam men'deactivate'kan diri saya.

opppssss, lupe pula nak cakap (eh silap) nak tulis, kerana saya sudah 'deactivate' fb, maka saya membuka blog ini. ^_^ blog ini merupakan salah satu usaha saya untuk terus mengekspresikan apa yang saya nak ekspreskan. (sebab, saya da tak ada fb).

dan, saya nk activate perkara lain. insya-Allah.

bismillahitawakkaltu'alallah...

:)

google nama sendiri???

in the name of Allah, the most gracious n the most merciful.

hurmmm, google nama sendiri? penah wt x? hehehe... :P kdg2 sy wt jugak la...>_^ tp, nk djadikn ceritanye, smlm sy google nama sendiri... tekan la N*********************R . lepas tu, sesuatu y mngejutkn telah memeranjatkn sy...'o' serius tekejut... sbb, jmpe nama sendiri ad org tulis... huhu... tp, kt blog org lain la...-_-

setelah dperhatikn, rupenye blog kawan... nasib baik....fuhhh....alhamdulillah.... :D

http://nbellaharun.blogspot.com/2010/08/mengisi-jiwa.html ni link nyer.... hoho...

tp, klu xrajin nk bukak, xpe... heheh.. sy copy paste kn...hehe

nbellaharun: salam atika rozar
nbellaharun: jagn off dlu
nbellaharun: jm515 nk chat jap
nbellaharun: kat jhor dah azan nk solat dulu
nbellaharun: bole?


ikan:) : w'salam norabella harun
ikan:) : sy xleh lama ..
ikan:) : sbb kt cc ni...
ikan:) : cpat2 yer..
ikan:) : huhuhu
ikan:) : hayakun...hayakun...


nbellaharun: salam ramadhan
nbellaharun: tikah
nbellaharun: nk tanye
nbellaharun: kenapakah hati bole rasa kosong?


ikan:) : mungkin, hati itu terasa kosong kerana tdk diisi dgn cinta Illahi...
ikan:) : atau mgkin diisi..
ikan:) : tp, jarang diingati...


nbellaharun: JARANG DIINGATI?


ikan:) : i-Allah, marilah kite sme2 slalu cbe berzikir mnyebut lafaz cnta kpd yg Maha Menganugerah cinta dan Menerima cinta..
ikan:) : i-Allah...
ikan:) : jrg diingati?
ikan:) : ye la...
ikan:) : mmm,
ikan:) : cth la kn...
ikan:) : bela ad seseorg jejaka idaman...
ikan:) : oastu..
ikan:) : bella selalu cntct dia...
ikan:) : "lepaskn rindu la katakn"
ikan:) : heheh
ikan:) : klu bateri phone hbis..
ikan:) : kdg2...
ikan:) : tgk gmbar dia ker..
ikan:) : klu kdit hbis..
ikan:) : bce2 n ulang2 bce msj dia...
ikan:) : klu blh, nk lawat dtg umh dia skali...
ikan:) : hehehe
ikan:) : tp..
ikan:) : kite selalu ckp kite syg pd Allah...
ikan:) : tkut pdNya...
ikan:) : tp...
ikan:) : ap buktinye?


nbellaharun: aku ingin berchenta


ikan:) : adakah kite selalu mlihat2 dn mbaca ayat2 cntaNya?


nbellaharun: berchenta dengan ALLAH


ikan:) : adkh kite selalu bmnja dgnNya?
ikan:) : bercintalah...
ikan:) : tiada siapa yg larang

nbellaharun: tapi
nbellaharun: aku takut sekiranya aku menjadi kekasih y xsetia



ikan:) : belajarlah utk setia,,
ikan:) : jika kite takut, tp tdk mcuba..
ikan:) : smpi ble?
ikan:) : i-Allah, wlupn kite tdk bjaya setia,tp Dia sentiasa setia,...
ikan:) : malahan,
ikan:) : skrg ini..
ikan:) : Dia sdg memerhati bella...
ikan:) : sdg..
ikan:) : menanti..
ikan:) : dn selalu mniupkn rse cnta dlm hati bella..
ikan:) : sbb tu bella sdar skrg..
ikan:) : alhmdulillah..
ikan:) : xramai org yg tpilih cm bella disaat ini...
ikan:) : i-Allah...
ikan:) : u still have time to do sumtin...
ikan:) : to prove..
ikan:) : or to try to make a good relationship with Him...
ikan:) : i-Allah...

nbellaharun: insyaALLAH
nbellaharun: akan cube
nbellaharun: dah dapat keyakinan semula
nbellaharun: terima kasih atika rozar
nbellaharun: bole jd perunding rumah tangga neh


ikan:) : hahahhaa
ikan:) : ok la tu..
ikan:) : jd kaunselor ke?
ikan:) : heheheh
ikan:) : anyway...
ikan:) : selamat bpuasa...
ikan:) : i-Allah...
ikan:) : mge di buln yg mulia ini,
ikan:) : kite akn dpt merebut redha dr Nya...
ikan:) : Dia tdk pnah jemu mnanti kdtgn kite...
ikan:) : bjln kite ke arahNya...
ikan:) : berlari Dia mdapatkn kite..
ikan:) : i-Allah...
ikan:) : utk permulaan,
ikan:) : mari kite mulakn dgn bismillahirrahmanirrahim...

nbellaharun: baik
nbellaharun: mari berjihad
nbellaharun: mari bercinta
nbellaharun: mari berjalan ke arahnya
nbellaharun: bersama2
nbellaharun: insyaALLAH
nbellaharun: -penuh semngat neh-

ikan:) : alhmdulillah..
ikan:) : k bella...
ikan:) : nk out dr cc ni...
ikan:) : tatra..
ikan:) : tata*


nbellaharun: tata
ikan:) : assalamualaikum...


nbellaharun: salam
nbellaharun: sayang ko

dr blog : peneroka alam

hurmmmm, bile sy baca kn, huhu... jahil nye sy.... ckp kt org pndai, diri sendiri? huhuhu.... terumbang ambing juga... huhu... tp xpe la kn, i-Allah, mata y mnaip lbih dkt dr mata y mbaca.. ia lebih kpd peringatn diri sy... huhu...

klu kite lihat pd diri, sudah cukup kh kasih syg kite pd Allah? klu kite cbe muhasabah diri, benarkh kite syg Allah??? huhu... klu syg, mana buktinyer? mana? mana? mana???? huhu... ya Allah... jauhnye la ak dr Engkau... wlupn Kau sentiasa mdekati ku, maafkn ak, sbb selalu lari dr Engkau... huhu... ya Allah... teruknye dri ku ini... huhu... mengalahkn org yg xkenal budi, krn spt org y xkenal Tuhan sendiri... huhu... T_T

mge kite selalu kmbali kpd Tuhan kite.. Tuhan yg Maha Penyayang.. Maha Pengasih... Maha Penerima Taubat... huhu...

"Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya." (al-qur'an, al-insyiqaaq, 84 : 6)

sama2 muhasabah jom... huhu...

Wednesday, March 16, 2011

sejarahnyeeerrrr

bismillahirrahmanirrahim...

sje nk citer sejarah hidup sy ngn blog sikit..hehe... :P

kisahnye bermula begini... di suatu ptg y damai lg nyaman, bertempat d KMK (kolej matrikulasi kedah changlun) kami perlu mhadiri kelas utk MUET. then, ckgu ktorg pn kata la, bg mbuatkn kelainn dlm proses pembelajaran kite, kite akn mgunakn blog utk assingment's submission n everything... praktis essay terutamanyer... >_^ (ikut teknologi sikit..hehe...)

bermula pd saat itulah, sy mule utk mngenali dunia blog. namun, takdir Allah tu kn paling bijak :) sy sempat berada di KMK pn slama 1 bln jerk... jd, ape nk jadi dgn blog sy tu? bersawang la dia... huhu... kasihan blog tu... huhu... T_T

sy pn, mula la cube utk mngusahakn nya... tp, ckgu sy pesan, blog tu MESTI dlm bahasa inggeris. klu x, nt dia geram -_-" huhu.. jadi, bile sy post bahasa melayu jer, sy akn wt pesanan kt bwh tu, "maaf ckgu, tbe2 rse nk tulis bahasa melayu. maaf ea... ", " (sy xtulis cmtu sbnrnye, hehe... secret! :P tp lbh kurg la..hoho)

lepas tu, makin lama, makin lama, blog tu pn xbsentuh lagi... huhu... almaklum la, sy ni sbnrnye, xminat nk berkarang ni...huhu.. nk mngarang karangan... hurmmm... x_X tp, sy sukeeerrrr dgr cerita!! :D

lepas tu, ada la masalah sikit y mbuatkn sy xleh nk bukak blog sy... huhu.. kuciwa rse nye rse hati time tu... T_T (tp, xda la sedih sgt, cme cm pelik jugak r... tp, bru hr ni sy tahu reason dia knape...huhu..salah taip email address rupenyer... huhu... sedih x??? ) tp, sy da delete da blog tu... huhu... sedih jugak sebenanye... tp xpe la... i-Allah, akn cbe istiqamah dlm mngusahakn blog ni...

jd, hari ni, sy telah mbuat azam baru, insya Allah, sy nk rajin sikit tulis blog... mgkin, ape y sy tulis ni, xda org bca kot..or xda spe y teringin nk baca..huhu.. tp, xpe... sbb, tujuan sy pn, nk tulis blog ni utk luahan rasa hati... huhu... n_n

jd, klu tbe2 ad org rse sakit hati or geram bce blog sy ni, maaf la ea.. sbb, i'm dead seriously, just a very small fish in the sea... huhu.. trying to survive in the deep n big sea... huhu...t_t

bantu mbntu ea... :)

lupe plak, one of the moral of the history, wlupn kite da jatuh tangga, sbb kite xpndai naik tgga, jgn mudah mnyerah kalah utk naik tangga tu balik... mulekn dgn merangkak, memanjat, mngengsot, mndaki or meng...... ape2 pn... but, try.. try..try n keep trying utk naik tgga tu... (spt ap y sy cbe wt la sbnanye, wlupn xpndai karang or xpndai memblog, tp, i-Allah sy akn cbe utk merajinkn diri memblogkn blog ni... insyaAllah ^^)

mata y mnaip lbh dkt dr mata y mbaca..so, ia lbih kpd peringatn diri sy... huhu...

wassalam n alhamdulillah... ", mekasih sudi baca ^_^

introduction

bismillahirrahmanirrahim.

sebenarnye, sy xrajin nk tulis blog, tp, i-Allah, ape yg sy mampu, sbg peringatn utk diri sendiri dn juga org lain...

angan2 nye, blog ni lbih kpd luahan rasa hati (kot), but, hopefully, it will has a bit lesson to me and others in order to grab the mardhatillah...utk mdpt redha Allah... utk bjaya dlm mgarab cinta Allah... huhu

klu ikutkn, sbnrnye, sy ni insan y sgt kerdil dn byk kekurangn. huhu... mharapkn semua org, agar selalu mnasihati sy... huhu

harap, mge sgl ape y dlakukn, akn mdpt rahmat dr Allah...i-Allah...amin~

tbe2 rse nk share n sbg peringatn kpd diri sendiri juga terutamanye...

tntg, hadith 1. tntg niat... setiap sesuatu amal tu, bgantung pd niatnye. dan ia akn mdpt setiap ape yg ia niatkn.. jika hijrah (niat) nye krn Allah dn Rasulnya, maka ia hijrahnye ke atas Allah dn Rasulnya, jika hijrah nye krn kesenangn dunia, atau krn wanita y akn dinikahinya, maka ia akn mdpt ape yg dia niatkn. wallahu'alam... (ni based pd ape yg sy ingt, better g cek y betul.. sje nk bg task kt semua.. :)

"It is narrated on the authority of Amirul Mu'minin, Abu Hafs 'Umar bin al-Khattab, radiyallahu 'anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, say:

"Actions are (judged) by motives (niyyah), so each man will have what he intended. Thus, he whose migration (hijrah) was to Allah and His Messenger, his migration is to Allah and His Messenger; but he whose migration was for some worldly thing he might gain, or for a wife he might marry, his migration is to that for which he migrated."

[Al-Bukhari & Muslim]"


nt, kite diskusi lg ea ^^ i-Allah...



sekian wt mse ni... :)

xda pape

assalamualaikum semua...

untuk nasihat, baik jgn baca post ni...
baik jgn baca, sbb xda ape2 pn...
jgn buang masa..

stop...

da...

xyah baca...

orang kata xda pape, xda pape la...

haishhhh, nak baca jugak???

xda pape la...jgn buang masa! g study sana!!!

haih, nk baca jugak??? org kata xda pape la...

hurmmm, penat da nk layan...

xda pape la...

k, salam.. :P