Monday, March 21, 2011

terkena!!! (part 1)

bismillahirrahmanirrahim.

sedih sangat... T_T huhuhu...

pernah dengar tak "serangan pemikiran" or "ghazwatul fikr" or "perang saraf" ?

kalau nak tahu sedikit definisi, ghazwatul fikr ni, adalah merupakan agenda musuh2 islam dalam menjatuhkan islam itu. huhu...


siapa musuh2 islam?

  1. yahudi dan nasrani "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (2 : 120)
  2. iblis dan syaitan "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah[36] kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir." (2 : 34)
  3. dalam surah an-nas, kita memohon perlindungan Allah dari kejahatan jin dan manusia "dari (golongan) jin dan manusia." (114 : 6)

sejarahnya

  • Adam dan Hawa vs. Iblis (semasa di Syurga)
kisah yang pasal makan buah khuldi tu. rasanya, semua da tahu kisah ni. dalam Quran pun ada di sebut. kira, waktu tu, Allah pesan kat Adam + Hawa supaya tak sentuh or even jangan dekat pun dengan pokok khuldi tu lebih2 lagi tak boleh makan buah khuldi tu, sebab buah larangan. tapi, iblis laknatullah ni pun, mulakan serangan pemikiran dengan menghasut mereka supaya makan buah khuldi tu. kerana, apa yang diuar2kan, kalau makan buah tu, nanti dapat hidup kekal kat syurga. Adam + Hawa pun terpedaya... huhu... (sehinggalah kisah mereka diturunkan ke bumi dan mereka bertaubat dan etc.... )

bermakna, perang ni, da berlaku masa kita belum ada lagi... masa zaman di syurga lagi... tanpa kita sedari, perang saraf ni bagaikan api dalam sekam. senyap2 jer, kemudian, tup tup, da hangus sekam tu. huhu..

  • ia di sambung pula dengan perang salib.
tahu kisah perang salib? saya tak berapa tahu sangat. tapi serba sedikit yang dibincangkan, insyaAllah akan saya kongsikan.
perang ni berlaku semasa zaman kegemilangan islam satu ketika dahulu. islam jatuh pada 1924 dan penghapusan sistem khalifah pada 1948. penaklukan baitul maqdis bermula. pemimpin kerajaan turki pada waktu itu cuba untuk menghapuskan islam. kononnya, agama membawa kepada kemerosotan kemajuan. maka, dia cuba memisahkan agama dari segala2nya. bukan sekadar memisahkan, malah cuba untuk melenyapkan terus jejak2 islam untuk generasi akan datang.

azan ditukar dalam bahasa turki. penulisan dan bahasa pengantara juga turut di tukar. bagi wanita, jika ingin bertudung, perlulah memakai skirt pendek -_-" dan banyak lagi perubahan2 drastik yang mendadak untuk melenyapkan islam supaya generasi akan datang tidak tahu menahu langsung pasal islam. kejam! astaghfirullahal'azim

nak dijadikan ceritanya, 30 tahun sebelum berlakunya perang salib itu, umat islam berada dalam keadaan yang sangat kuat waktu itu. tentera musuh yang lain, tidak berani untuk melawan atau berperang dengan tentera islam sebab islam sangat kuat, siapa pun yang cuba melawan, islam pasti akan menang. islam bukan sekadar kuat dari sudut ketenteraan, malahan dari sudut keimanan, rohani dan jasmani. subhanallah...

jadi, musuh islam ni pun, hantarlah sepai (spy or spies) untuk cek, line clear ke tak.
jadi, geng2 sepai ni pun, jalanlah... akhirnya, terjumpa dengan seorang budak yang menangis. bila ditanya kenapa budak tu menangis, budak itu pun mengatakan dia menangis sebab ibunya tidak membenarkan dia ikut berperang... selagi dia tidak khatam 30juz al-quran lagi...(subhanallah)... jadi, sepai2 tu pun balik, dan mengatakan, "oh, line belom clear lagi".

3o tahun selepas itu, sepai2 datang lagi. jalan dan jalan, jumpa lagi budak menangis. bila ditanya mengapa, budak itupun mengatakan kerana ibunya tidak mahu belikan nya seorang hamba... huhu.. sepai2 tu pun balik dan melaporkan "oh, line dah clear... haha.."

islam jadi lemah bila dicucuk2. huhu..
ada satu kisah ni, seorang raja orang jahat ni kena tawan. dia pun perhatikan masyarakat islam dan cuba mencari titik kelemahan orang islam.. bila dia perhatikan, dia nampak orang islam ni bila ada waktu lapang, mereka mengaji, selalu respect orang, amalkan ajaran Qur'an, ikut sunnah, berpuasa, dan etc. si raja ni pun terfikir "oh, orang islam kuat kerana mereka mengamalkan ajaran agama mereka. jadi, kena pisahkan orang islam dengan Qur'an dan sunnah, barulah mereka lemah.. haha"... jadi, si raja ni pun, sebarkan la kepada tentera, pembesar, dan rakyat nya, supaya rancang strategi untuk melemahkan umat islam... huhu... T_T

  • seterusnya, perang saraf diteruskan dengan penjajahan ke atas negara2 islam.
mereka mula menjajah negara2 islam (seperti Malaysia contohnya) dan cuba menukar sistem2 yang ada. mereka menukar sistem undang2, kuasa raja2, sistem pendidikan yang bersifat sekular (memisahkan agama dengan sains), dan sebagainya.. sedih sangat sebab kita dah terkena! T_T huhu...

ini merupakan antara sejarah awal perang saraf, yang mana, tanpa kita sedar, kita sebenarnya, telah pun terkena dan terpedaya dengan apa yang mereka cuba racuni pemikiran kita... huhu.. T_T

ini baru part 1 (sejarah) belum masuk isi lagi... to be continued insyaAllah...

wallahu'alam



No comments: