Wednesday, March 30, 2011

manisnya dengan senyuman :)

bismillahirrahmanirrahim.

manisnya seseorang dengan senyuman. subhanallah. cantik. manis. menawan. segala-gala sifat ada. subhanallah.

senyumlah :) mungkin itu sahaja sinaran yang dilihat pada hari itu.

saya terfikir semalam, apabila saya melihat seorang kawan saya tersenyum. subhanallah. manisnya dia. bila dia masam, adushhhh.... "kenapa ni, saya ada buat salah apa2 ke? huhu.. ".

tapi, bila dia tersenyum, masyaAllah. hebatnya ciptaan Allah. manisnya dia (^_^) . ibarat, segala berat masalah saya hilang, hilang ditiup angin. subhanallah... hebatnya sekuntum senyuman. mampu menghalau kegusaran di hati. subhanallah, manisnya sebuah senyuman, ayu mengalahkan mekap yang tebal seinci. subhanallah, meriahnya sebuah senyuman, mampu menceriakan suasana yang suram.


seorang kakak selalu cakap, " nabi tidak ketawa, senyum sahaja. :) tapi, manis dan ikhlas nya senyuman nabi, sampaikan orang yang ada masalah sebesar gunung uhud pun, seberat bumi pun, setinggi gunung everest pun, tertekan sampai nak bunuh diri pun; senyuman nabi mampu menghilangkan semua rasa itu. sehingga, datanglah damai dan permai di hati. subhanallah..." berbunga-bunga rasa hati.






perkara penting nya apa? perlu ikhlas. senyumlah dari hati, kerana, senyuman dari hati itu lah yang paling manis. ada beza taw senyum dari hati dengan senyum dari otak. hurmmm, kalau senyum dari hati, bermakna, memang dia yang nak senyum. kalau senyum dari otak, urmmm, macam ada maksud sahaja senyumnya itu.. >.<





boleh tengok iklan senyum :D, lagi nampak rasanya perbezaan dengan orang yang senyum dan tidak senyum.


saya ni, rasanya, selalu sangat bermasam muka. huhu. tak baik! hurmmm, kena berubah ni. insyaAllah. mari sama berubah ea. berhijrah kepada yang lebih baik. insyaAllah. :) 




jom nyanyi :) lagu raihan, senyuman.

smile k \(^_^)/

No comments: