Thursday, March 17, 2011

muka buku

bismillahirrahmanirrahim

muka buku = facebook

terasa ingin bercerita lagi. hehe... :P

sebelum ni saya ada facebook @ fb @ muka buku. tapi sekarang saya sudah tidak ada akaun fb itu lagi. kerana, saya telah men'deactivate'kan akaun fb saya. hal ini kerana, saya mendapati, fb dan seisinya telah mengganggu ketenteraman hidup saya. (saya tak maksudkan semua, tapi, kebanyakannya, ia membuatkan saya susah nak jaga mata. huhu... @_@

tapi, tidak ada isu besar pun. semua orang berbeza kn!? bagi pendapat saya, saya rasa, saya tak cukup kuat untuk mendidik diri saya agar menjaga diri saya dan hati saya serta pancaindera saya dan tidak lupa segala anggota saya. hurrmmmm...

kalau nak dikupaskan satu persatu, ia akan menjadi seperti mengupas kulit bawang. kupas, kupas, kupas, dan kupas, sehingga tiada lah lagi bawang itu kerana telah habis dikupas. tapi, tiada apa pun yang dapat ditemui melainkan kulit bawang itu sendiri. ini bermakna, ia tiada makna. (mengapa berbelit ayat ku ini? huhu)

apa yang ingin disampaikan sebenarnya, saya tak nak cerita apa yang berlaku sebenarnya. apekah??? -_-

sebenarnya, sebelum saya membuat keputusan untuk men'deactivate' fb saya tu, saya telah berfikir dan berfikir dan berfikir. namun, "aku masih keliru..." lantas, saya mengambil keputusan untuk berfikir lagi.

setelah fikir dan fikir dan fikir... akhirnya terfikir.

mungkin fb ada baiknya. tapi ia tetap ada buruknya. dan, buruknya fb itu, memang betul2 memberikan kesan yang mendalam kepada saya. walaupun, rasa sedih sangat hati ini untuk meninggalkan fb tu, sebab, saya akan meninggalkan family saya, kawan2 saya semua, sahabat2 saya T_T

tapi, insya-Allah, harap ikatan itu tidak putus. amin

saya pernah dengar, "kalau ia syubhah, maka tinggalkan"

maka, saya pun telah mengambil keputusan untuk menjauhi perkara yang saya takuti, agar tidak terjebak dengan lebih mendalam ke arah perkara yang saya takuti itu. huhu...

dan, saya memang da buat keputusan! harap, saya akan istiqamah untuk terus tidak membuka lagi akaun fb saya. walaupun saya tahu, susah sebenarnya. sebab, ia macam satu addiction. yang agak payah untuk dikawal. macam rokok juga la kan. agak payah untuk orang berhenti merokok. tapi, ia tidak mustahil. insya-Allah, saya akan cuba untuk terus kental dalam men'deactivate'kan diri saya.

opppssss, lupe pula nak cakap (eh silap) nak tulis, kerana saya sudah 'deactivate' fb, maka saya membuka blog ini. ^_^ blog ini merupakan salah satu usaha saya untuk terus mengekspresikan apa yang saya nak ekspreskan. (sebab, saya da tak ada fb).

dan, saya nk activate perkara lain. insya-Allah.

bismillahitawakkaltu'alallah...

:)

No comments: