Monday, April 4, 2011

terkejut.... :P

bismillahirrahmanirrahim.

terkejut saya. memang tidak disangka. huhu.. terima kasih sangat-sangat. terharu... :)

ceritanya begini ~

pada pagi ahad, 3hb April 2011, 

kakF : hari ni turn akak masak kan? nak masak apa ya? request cepat.
Fatih : eh2, tak tak. hari ni kakW nak masak sambal, nanti...
kakF : oooo, ha'a2..akak masak nasi kan? nak pergi sobeys pukul berapa?
saya : eh2, ada apa petang ni?
kakW : kita ada makan2 petang ni, biasa la tu kan, macam tahun lepas, sebelum exam kita ada buat makan2.. 
saya : ooo...
kakF : nak pergi sobeys pukul berapa? tika nak ikut?
saya : ermmm.... da pergi la hari jumaat hari tu. huuhu..sori..
Fatih : maghrib pukul berapa? eh, zohor pukul berapa? kita pergi lepas zohor. pukul 2 la.


lepas tu, pada tengah hari nya, 

saya : ermmm, makan2 tu pukul berapa? saya ada study group la pukul 4. nak buat mastering chem. huhu..
kakW : tak kira, balik pukul 5.30.
saya : ermmm.... sempat ke... huhu..
Fatih : apa kata awak postpone malam ni? tak boleh ke malam?
saya : ermmm... 


saya pun ambil henpon. tit tit tit.. study group diawalkan jadi pukul 3.

kakW : balik pukul 5.30 taw! balik lambat kena! jumpa kakA, bagitahu, akak suruh balik pukul 5.30 ea.
saya : okay, insyaAllah. kiranya, akak nak mula masak lepas asar kan? ok2.. insyaAllah.
kakW : akak nak start masak awal sebenarnya. tengok la macam mana nanti. tak per, tak tolong masak pun tak per.


sementara saya tengah study group. alamak, dah pukul 5.30 da. sikit lagi. teng teng teng, mesej masuk. 

from kakF : balik awal taw. by 6.
saya reply : ok2.. sorry...

lepas tu..

saya : alright guys, i need to go back now. really sorry.
friends : come on. 2 more questions. wait till 6. 
saya : no, i can't. really sorry. my housemate already text me. sorry guys. thank you for everythings today. thanks a lot. see you.
friends : alright, thanks you too. see you.

sampai sahaja di rumah.


saya : sori, sori, lambat...
kakW : apa sori2? takda sori2. sori2 pergi naik lori.
saya : semua da sampai? sori lambat.

saya pun pergi solat asar. siap solat asar.


saya : sori2, lambat. nak saya tolong apa2?
kakW : tak payah. gi duduk sana. da siap da.

di ruang tamu.

kakS : mana semua orang ni? haih. ni yang nak marah ni.
kakFar : tengok wajah tika, nanti tak jadi marah.. hehe..
kakS : eh2, kenapa lari pulak tu? meh sini nak tengok.
kakFar : malu2 tu.
ramai : hahahaha...


kakA : mana light... ? (guna bahasa tangan)
Fatih : tak da sapa2 yang ada ke?
saya : kenapa? nak apa?
kakIz : tak ada apa. ni ha, main game tangan ni. (da da da si da, si da yu, mexico, layo2 tap tap tap, layo2 tip tip tip, A B C.
.....

bila yang lain pun da sampai. da siap masak. dan tinggal nak makan.

kakW : ok, da boleh makan. ladies first.
sWan : ha Teka, amik dulu. cepat2..
saya : saya TIKA la, bukan Teka. cuba paggil Tika n Tiha, ok la daripada Teha n Teka. kan3!? hehe..

makan2...


kakS : sedap.. nak lagi.. eh, tak boleh, nak simpan perut untuk benda lain.
saya : simpan perut untuk apa?
kakF : ada la tu, kakS nak makan ngan kengkawan dia.
kakS : eh, mana ada..
kakF : ermmm, xda la.. buah nanti, kita ada banyak benda lagi yang boleh dimakan ni.. hehe..

makan2... eeemmmmm...sedapnyaaaaaaa... :) siap makan..

sekali, kek pun datang, sambil nyanyi..happy birthday to you..(saya pun nyanyi sekali).
tapi pelik, kenapa pandang saya? eh, saya ke? birthday saya ke??? ya Allah......... mekasih semua!!! terharu.... tak terfikir pun.....

nota kepada semua,
jazakallahu khairan kathira. terima kasih banyak2. really appreciate it. terharu... huhu..
teha, k.wan,  k.faas, k.ain, k.ainil, k.izzah, k.deela, k.shikin, k.farah, brendan, syazwan, pojie, the game, amin, dan sesapa pun yang terlibat mahu pun yang tidak terlibat. terima kasih banyak2. really2, super duper, unexpected, and really appreciate it. subhanallah.

sebenarnya, birthday saya lambat agi, 6hb. bukannya 3hb. tu yang macam tak tersangka tu, sambut bday saya. memang tak terfikir langsung. saya fikir, waktu birthday saya nanti, memang tak ada sambut apa2 pun. sebab, waktu tu, memang semua orang sibuk. lebih2 lagi, hari sabtu ni (9hb) da mula final. subhanallah. all the best la semua ya. thank you so much. mekasih sangat2 sebab sudi luang masa.

10. Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (Al-Hujurat, 49 : 10)
insyaAllah, marilah kita bersama2 menjaga hubungan baik dengan semua. saya sedar, kadang2, saya ni berlaku kasar. maaf la ya. maafkan saya. insyaAllah, saya akan cuba perbaiki segala kelemahan diri ini.

sebenarnya, bila kita berbicara berkenaan tentang semua orang islam itu bersaudara, banyak yang boleh di ketengahkan, dan dibahaskan. tapi, insyaAllah, lain kali kita berbicara tentangnya. :)

bila da sedar, umur da cecah 20 (kalendar masihi) dan 21 (kalendar hijrah), rasa macam, ya Allah, apa yang telah ku lakukan sepanjang hidup ku ini? sebegitu banyak nikmat yang telah Kau kurniakan, tapi, bersyukurkah aku?
jika sultan Muhammad al-Fateh, telah berjaya menakluk kota Konstantinopel pada umur 21 tahun, sahabat2 nabi telah berjaya mengkhatam serta menghafaz al-qur'an pada usia yang muda, ikut berperang pada usia yang muda, tapi apa yang telah ku lakukan? apa yang telah ku lakukan sepanjang ku hidup di dunia ini? innalillahi wainna ilaihi rojiun. pada bila2 masa sahaja nyawa ku mungkin akan ditarikNya. ya Allah, ampunkanlah. amin~

~nota hati~


terima kasih semua. selamat maju jaya untuk exam. moga Allah selalu memberikan kekuatan dan kecerdasan serta kesihatan jasmani dan rohani untuk menghadapi hari esok dan seterusnya. insyaAllah. amin~
dan, semoga, kita semua selalu dalam penjagaanNya. amin~

3 comments:

CP said...
This comment has been removed by the author.
NURUL IMAN said...

sanah helwah awak!! comel la citer nye...boleh jadi lak lupe birthday sendiri kannn =)

ikan :) said...

jazakillah awak! :) hehehe...mana nk ingat nya, mmg x tfikir langsung ad org nk smbut bday.. sbb, mse blom smpi lg, n mmg rsenye mggu tu org bz, n sume org sibuk lebih2 lg, exam da dkt...ya Allah... mmg xtersangka... sgt2 terharu lah...xtahu nk gmbarkn cmne...huhu... :)

awak, nt anta blk kt sy ea video tu... nk tgk jugak! huhu... >_<