Sunday, March 20, 2011

J******H

bismillahirrahmanirrahim

apakah makna jahiliah?

zaman arab quraish Mekah
mereka melaksanakan perkara2 seperti membunuh anak, menyembah berhala, berjudi, minum arak dan sebagainya. (macam2 lagi contohnya)

zaman kita
seperti buang anak, zina, judi, arak, bunuh, rompak, dan segala2 nya.

contoh yang lebih lagi adalah kita membuang masa dengan aktiviti2 yang tidak berfaedah, membuang masa, sia2, dan etc.
  • perkara yang tidak menaikkan iman kita
  • perkara yang tidak mendekatkan diri kita kepada Allah
  • perkara yang tidak membantu kita dalam menaikkan islam
  • perkara yang sewaktu dengannya...
dalam tempoh 24 jam, berapa banyak masa yang kita gunakan untuk Islam? berapa banyak masa yang kita gunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah? berapa jam? berapa minit? berapa saat? huhu... T_T

dalam surah al-Ashr
menekankan tentang masa!
"demi masa. sungguh, manusia benar2 berada dalam kerugian. melainkan orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan. dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran." (103 : 1-3)

belajar?
kalau niat kita belajar kerana Allah, insyaAllah it will be counted.

makan?
kalau niat kita makan kerana Allah, insyaAllah it will be counted.

tidur?
kalau niat kita kerana Allah, insyaAllah it will be counted.

n etc...
kalau niat kita kerana Allah, insyaAllah (dengan izinNya) it will be counted.

semuanya, berbalik pada niat balikkan!? huhu... (hadith 1 dalam hadith arbain)
and, semuanya, berbalik semula pada hati kita... (pergi youtube jap lagu "jagalah hati") ^_^

huhu.. ayuh, jaga hati kita dan perbaharui niat kita sekarang.
apakah niat saya menulis saat ini? apakah niat saya membaca ini? huhu...

bismillahirrahmanirrahim

pernah dengar tak "sayonara jahiliah" ?

sayonara jahiliah : selamat tinggal jahiliah.

saya tak pernah dengar program tu lagi, but it sounds great. menarik. insyaAllah, harap, satu hari nanti, dapat dengar and betul2 dapat tinggalkan jahiliah tu. amin~

tata jahiliah...
babai...
sayonara...
hope to not see u again...

wallahu'alam



2 comments:

CP said...

Sayonara Jahiliyyah...ringkasnya SJ.

pernah involve dengan SJ sebelum cuti cny. skali ngan KTT (kolej teknologi timur.)

mula2 hari tu, kakfisha (akak y conduct SJ) jahiliyah ape y awak tinglkan sejak kenal tarbiyyah nih?

erm, jenuh fikir...

movie 1 of the jahiliyah la...
dia tanya balik,'akak tak faham, apa yang korang tengok ye bila watching movies tu? sedangkan dah tau ending dia macam mana. boleh2 agak...tapi still tgk jgk..apa y korang tgk sebenarnya? bagitahu akak..."

owh, semua tak boleh jawab..
means, benda tu memang tak ada pekdah langsung!!!

dan kini, bila tgk kawan2 isi masa dng tgk movie smaada di laptop atau cinema, hanya mampu menangis dalam hati...

Kalau lah, mereka juga diberi kefahaman dalam agama...T_T

ikan :) said...

alhamdulillah... huhu..

cam saya pun, sebenarnya, susah jugak nak kawal diri dari wat sesuatu yang sia2.. huhu... sedang cuba untuk mujahadah insyaAllah... huhu..

macam tengok tv, utube, cerita, or bla..bla..bla... susah sebenarnya nak kawal diri... bila da ter'start' tengok cerita, susah betul nak berhenti... huhu... padahal, kalau difikirkan, banyak lagi kerja yang kena buat...huhuhu...

xsempat nak menangis dalam hati melihatkan sahabat2, sebab, melihatkan diri sendiri pn da menangis dulu... T_T huhu