Monday, March 28, 2011

petua-tua pelajar cemerlang


bismillahirrahmanirrahim

exam sudah dekat. paper saya start 9hb april. kelas habis 8hb april, esoknya terus final... whoaaa...x_X
tapi tidak mengapalah, sebab, ada orang yang mungkin subjeknya lebih tough dari subjek saya boleh redha, kenapa saya tidak boleh redha kan? :) insyaAllah, moga diberikan kekuatan dan kecerdasan serta keimanan untuk menghadapi exam nanti.

all the best semua ya! :) buat yang terbaik. nanti, kalau tak dapat jawab, jangan ingat saya taw, nanti lagi tak dapat nak jawab. kalau nanti tiba2 blur sahaja, berdoalah ya. ingat Allah banyak2. berselawat, berzikir, dan berdoa. moga Allah berikan idea2 yang bernas nanti.. amin.. ^^

saya nak berkongsi sedikit petua-tua pelajar cemerlang. ada seorang sahabat ni, share pada kami masa usrah (gathering) di UNB. jadi, saya share la pada kalian semua ya ^^ moga, harap2, dapat lah sedikit sebanyak ibrahnya (kebaikannya).

petua ni diperoleh dari surah al-mu'minun. surah yang ke-23, dalam al-qur'an :)

1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
dalam ayat yang pertama ini, dikatakan beruntunglah (berjayalah) orang2 yang beriman. beriman ini memberikan erti kata lain sebagai YAKIN, PERCAYA, dan BERIMAN. ini bermakna, jika kita ingin berjaya, kita perlulah beriman kepada Allah dengan iman yang sebenar2nya. kemudian, kita perlulah yakin dan percaya dalam diri kita, yang kita boleh menghadapi serta kita mampu melaksanakannya.
lagipun, Allah tidak pernah membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya. (boleh cek surah al-baqarah,2 : 286) :)
jadi, pasti dan yakinlah, kita mampu menghadapi semua ini. insyaAllah.

2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,
dalam ayat yang kedua ni pula, cakap pasal khusyu'. khusyu' membawa erti kata lain sebagai SEPENUH HATI, BERSUNGGUH2, FOKUS, BUKAN SAMBIL LEWA, dan yang sekutu dengannya. perkara pertama yang perlu diambil pusing perlulah di dalam solat. jangan sambil lewa sahaja bila solat (peringatan penting untuk saya). perlulah bersungguh2, fokus, tidak kira dalam melaksanakan apa2 pekerjaan sekalipun. solat, makan, tidur, belajar, bermain, dan etc. perlu bersungguh2.
cikgu saya pernah kata dulu, "bermain boleh, tapi jangan main-main."

3. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
dalam ayat yang ketiga ni, ia berkata tentang menjauhi perkara2 yang lagha. perkara yang lagha ini adalah perkara2 yang sia2, tiada berguna, membuang masa, dan seangkatan dengannya. kita perlu bijak dalam mengutamakan yang mana satu lebih utama dari yang utama. yang mana satu prioriti. "utamakan yang utama."
--- jangan umpat pensyarah, tiada kebaikan pun. malah, tambah keburukan. ---

4. dan orang-orang yang menunaikan zakat,
huraian dalam ayat ini adalah berkenaan zakat. apa yang dimaksudkan dengan zakat ialah kita perlulah prihatin, mengambil berat, ambil tahu, care or yang seumpamanya; dengan sekeliling kita. orang, haiwan, alam, kawan2, family, dan sesiapapun. berkongsilah ilmu dengan mereka (jangan kedekut ilmu), ajarkanlah, or kongsilah apa2 pun yang boleh dikongsi. "sharing is caring." :)

5. dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
huraian dalam ayat yang kelima pula mengetengahkan isu menjaga kehormatan. bila berbicara tentang kehormatan, banyak cabangnya. dari segi hati kita, peribadi, diri, percakapan, pendengaran, penglihatan, perhubungan, dan seanggotanya. jangan melampaui batas dalam perhubungan. tapi, paling penting, kena jaga semua taw! >_^ key point paling penting adalah MENJAGA.

8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya
dalam ayat yang ke-8 ni, ia membicarakan tentang menjaga amanah dan janji. tujuan kita datang 'sini', tujuan kita hidup di muka bumi ini, harapan parents dan keluarga yang merelakan pemergian kita, harapan penaja kita, harapan kengkawan kita, dan semuanya la. huhu. jangan alpa dan lupa diri. kena selalu ingat siapa kita (walaupun saya masih tak berapa tahu siapa saya, tapi kena ingat juga). dan, bertawakallah. :)

9. dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
perkara penting dalam ayat ini adalah MEMELIHARA. mereka yang memelihara solatnya, adalah mereka yang solat diawal waktu, menjaga wudhu'nya agar menjadi sebaik2 wudhu', menjaga solatnya ibarat dia akan mati pada esok hari. ia menjadi didikan kepada kita supaya berdisiplin dalam setiap apa yang kita lakukan. menjaga waktu kita, agar selalu menepati masa. "masa ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu."


berikut merupakan sedikit tips yang dapat dikongsi :)

all the best exam! walaupun kita ada exam duniawi ni, jangan lupa pula, kita still ada exam ukhrawi. jadi, disamping kita berjuang untuk bersedia menghadapi peperiksaan, jangan dilupakan juga persediaan kita untuk menghadapi hari perhitungan nanti. ^^

wallahu'alam. moga kita semua selalu dalam penjagaanNya. amin. :D

4 comments:

. said...

saya sangat suka surah al-mu'minun. betul2 Allah beri tips kat kita, kalau kita nak berjaya.. insyaAllah... semoga semua berjaya.. :)

ikan :) said...

amin :)

syazana, start exam bila? all the best juga yer >.<

tiAdA NamE said...

rasa cam pernah dgr je point2 ni..hahahah

ikan :) said...

tiAdA NamE, rasanya, memang patut la pun pernah dengar sebab sedara ni dak UNB gak kn!? tapi, yang memusykilkannya, siapakah sedara ni yer? hurmmm...kompius, jejak yang ditinggalkn tidak berklu... x_X papepn, all the best final.